Sulit

3 tahun

Masalah degupan jantung

Selamat sejahtera. Sy perempuan berumur 30-an . Sjk musim covid ni byk masa berada di rumah berbanding di luar. Dengan kata disebabkan kerja dari rumah tidak banyak sangat pergerakan. Jadi kdg2 sy amik sdikit masa untuk bersenam di taman sbg langkah utk jaga kesihatan. Namun sejak 2 hari ni, sy rasa pelik sangat. Setiap kali lepas bersenam, sy rasa degupan jantung sy terlalu kuat. Pelik dari biasa. Berdegup bagai nak gugur rasa jantung tu. Rasa nk semput pun ada. Lebih kurang 5 ke 10 minit. Dalam masa berdegup kuat tu, terasa juga pening kepala. Utk pengetahuan doktor, keluarga sy tiada sejarah penyakit jantung. Tapi tak pasti datuk nenek moyang dahulu. Soalan sy, normal ke degupan jantung seperti itu? Perlu ke sy buat pemeriksaan doktor? Sbg makluman dktor juga, sy ada penyakit gastrik dan gerd. Apakah ia ada kaitan dgn penyakit yg sy alami?

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.

Sebelum kita merungkai masalah ini, anda perlu memastikan bahawa senaman yang dilakukan,

  • mengikuti langkah yang betul
  • melaksanakan pemanasan badan (warm-up) sebelum bersenamam
  • melaksanakan_cool-down_ selepas bersenam
  • bersenam mengikut kemampuan
  • mengisi perut 2 jam sebelum bersenam

Selain itu, anda juga perlu mengetahui, tubuh badan manusia tidak boleh melakukan sesuatu perkara secara mengejut, perlu intensiti dan durasi senaman perlu ditingkatkan secara berkala, dari hari ke hari. Disamping itu, anda juga harus memastikan jarak tempoh waktu antara makan dan bersenam sekurang-kurangnya melebihi 2 jam.

Degupan jantung meningkat selepas bersenam adalah normal, namun sekiranya ia dirasakan keterlaluan, ia boleh disebabkan:

  • gangguan jantung
  • tekanan darah tinggi
  • gangguan organ tiroid
  • kebimbangan

Walau bagaimanapun, untuk mengetahui dengan lebih tepat tentang kondisi kesihatan anda, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.

Namun, sekiranya anda mendapati bahawa:

  • degupan semakin kuat
  • terasa sakit
  • gejala semakin bertambah atau berterusan
  • terdapat gejala baru (i.e sesak, pitam, dll.)

Sebagai makluman, keterkaitan antara gastrik & gerd dengan degupan jantung tersebut perlu dievaluasi secara langsung dengan doktor.

Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!

AdobeStock_64976454

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)