
Sulit
4 tahun
Masalah Eczema dan Vaksin Covid 19
Saya lelaki umur 26 tahun, saya mengalami eczema pasang surut. Soalan saya, adakah vaksin covid 19 boleh diambil untuk orang yang berpenyakit eczema macam saya? adakah ia selamat?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Setakat ini, tiada bukti yang menyatakan vaksin COVID-19 akan menyebabkan ekzema menjadi lebih teruk dan vaksin COVID-19 adalah selamat untuk individu yang mempunyai ekzema. Malah, doktor pakar mengalakkan untuk mendapatkan vaksin.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link Klik di sini untuk bercakap dengan doktor untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini