
Anonymous
5 tahun
Masalah gigi berlubang
Saya mengalami masalah gigi berlubang ataupun karies yang serius pada gigi geraham bawah, sakit gigi menyerang secara tiba tiba. Keadaan memaksa saya untuk menelan painkiller, adakah ia wajar untuk mengambil pain killer bagi menyelesaikan perkara ini ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kariesi gigi bermaksud terdapat serangan kuman di gigi tersebut. Justeru, ubat penahan sakit hanya akan menghilangkan rasa sakit tanpa mengatasi masalah sebenar. Sebaiknya anda mengunjungi doktor untuk mendapatkan ubat seperti antibiotik serta mendapatkan rawatan tambahan untuk mempertahankan gigi tersebut sebelum kuman merebak sampai berlubang, bernanah atau saraf reput.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.