
irmaarajid
5 tahun
Masalah gusi bengkak
Saya wanita 20 anda,3 hari yang lepas saya ada pergi ke hospital untuk mencabut gigi seperti ala yang di minta oleh doktor,gigi geraham bahagian bawah sebelah kiri telah dicabut … setelah dicabut,saya mengalami sakit gusi dan sukar makan … saya dapati gigi saya seperti ada urat berwarna hitam di bahagian gusi yang saya cabut dan saya sukar untuk membuka mulut . Apa masalah yang saya hadapi ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar telah menghidap penyakit gusi atau gingivitis. Penyakit gusi merupakan sejenis keradangan pada gusi. Penyakit gusi biasanya disebabkan oleh ginfeksi gigi yang berlubang. Antara tanda-tanda penyakit gusi adalah gusi bengkak, gusi berdarah terutamanya semasa memberus gigi, gusi yang sakit serta bau mulut yang busuk. Penyakit gusi boleh mendatangkan komplikasi seperti penyakit gusi kronik, periodontitis, nanah di bawah gigi, ulser, limfa yang bengkak serta risiko yang tinggi untuk gigi yang rosak.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih