ndafinah00
6 tahun
Masalah haid tidak teratur dan melebihi 7 hari
Assalamualaikum. Saya mengalami masalah haid yg tidak teratur. saya tidak datang haid setelah hmpir setahun tetapi tiba2 datang haid tpii dlm kuantiti yg sedekit dan berpanjangn selama sebulan. setelah hmpir cukup sebulan haid saya keluar seperti biasa tetapi sudah lebih 7 hari dan tiada tanda2 untuk berhenti. Boleh saya tahu apa masalah kitaran haid saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluma pihak anda, masalah haid tidak teratur boleh disebabkan oleh:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


























