
Sulit
4 tahun
Masalah Jantung berdebar debar atau nervous
saya wanita berusia 20 tahun mengalami jantung berdebar setiap kali keluar rumah atau bertemu orang yang tidak kenal. Perkara ini berlaku semenjak pkp dan saya jarang bersosial dan selalu menyendiri. Ada kalanya jantung berdebar walaupun saya tidak keluar rumah atau bertemu orang luar.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah jantung berdebar anda. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang boleh mengalami jantung berdebar:
- Penyakit lemah jantung
- Kurang darah merah (anemia)
- Masalah endokrin seperti hipertiroid
- Masalah psikologi seperti panik dan anxiety
- Membuat aktiviti yang terlalu berat
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Walau bagaimanapun, ini hanyalah pandangan kami secara am, anda masih perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda.
Untuk makluman pihak anda, anxiety dan panic attack boleh menyebabkan rasa berdebar dan anda boleh mengalami gejala seperti berikut:
- Terlalu rimas
- Ketakutan
- Jantung berdebar-debar
- Sesak nafas
- Perasaan tercekik
- Sakit dada
- Sakit perut
- Loya
- Menggigil
- Perasaan hampir mati
Perbezaan terbesar antara anxiety dan panic attack ini ialah anxiety selalunya disebabkan oleh punca manakala panic attack ini boleh menyerang tetiba sahaja tanpa sebarang pencetus.
Cara untuk mengatasi yang paling berkesan adalah untuk berjumpa dengan seseorang doktor pakar psikiatri. Doktor pakar ini akan mengajar teknik-teknik pernafasan atau manuver untuk mengurangkan gejala yang dialami. Sekiranya kondisi ini terlalu teurk, doktor pakar ini akan memberi ubatan untuk mengawal kondisi tersebut.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk sesi konsultasi secara peribadi di atas talian bersama dengan doktor kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.