Sulit
3 tahun
Masalah Jantung dan Minum Jamu
Hi… saya ada masalah jantung. Soalan saya, adakah saya boleh minum minuman jamu homemade yang dibancuh sendiri? Ramuannya adalah ibu kunyit, halia bara, sirih, manjakani dan gula merah? Ibu saya ada masalah jantung bertahun-tahun lama. Alhamdulillah masih minum jamu . Saya minum baru 2 hari dan saya rasa bertenaga. Mohon penjelasan doktor ya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Kami bersimpati dengan masalah jantung yang anda hadapi. Untuk makluman anda, minuman jamu homemade yang dibancuh sendiri dengan ramuan yang anda nyatakan di atas dibolehkan untuk diminum. Hal ini kerana ramuan tersebut dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan secara umumnya. Kesihatan tubuh dapat ditingkatkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti memperbanyak aktiviti fizikal dan makan makanan yang sihat dan semulajadi.
Namun begitu, minuman jamu bukanlah menjadi terapi yang khusus dalam merawat masalah jantung. Kami mengesyorkan anda untuk berjumpa dengan doktor dan mengikuti rawatan yang disarankan oleh doktor.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!