anuara084
4 tahun
Masalah jantung dan perokok
saya seorang pesakit saluran jantung tersumbat apakah bahaya kepada saya jika saya ingin berhenti merokok secara drastik,
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, harus diketahui ia bukan sahaja tidak merbahaya sekiranya anda berhenti merokok. Anda malah sangat digalakkan untuk berhenti merokok agar kejadian sumbatan tidak berulang atau sumbatan baru tidak terbentuk.
Pemberhentian drastik mungkin efektif untuk sesetengah orang, namun tidak semua orang mampu melakukannya. Untuk memastikan anda istiqamah dalam berhenti merokok, terdapat beberapa tips dan kaedah yang perlu diamalkan. Silakan ke link ini https://www.doctoroncall.com.my/soalan/cara-berhenti-rokok untuk membaca lanjut.
Selain itu, untuk info lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!