
Sulit
4 tahun
Masalah Kerap Kencing Selalu
Saya berumur 22 tahun, belum berkahwin. Mengalami masalah kerap kencing. Kejap okay, kejap tidak. Ada kaitan sakit batu karang ke? Kawan ada beri cadangan guna “Ubat Ural Effervescent Granules” Pendapat doktor, ubat ural selamat atau tidak untuk dicuba. Ada kesan sampingan tak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami pada masa ini. Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang mengalami masalah kerap kencing:
- Banyak meminum air
- Jangkitan salur kencing (uretra, pundi kencing, buah pinggang)
- Batu karang terutama pada pundi kencing dan uretra
- Kencing manis
- Jangkitan kelamin (STD)
Walaupun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian kerana kami memerlukan lebih banyak maklumat.
Masih gusar dengan masalah kerap kencing anda? Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kami.
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala-gejala berikut:
- Demam
- Air kencing bernanah dan berbau
- Air kencing yang bercampur dengan darah
- Loya dan muntah
- Hilang selera makan dan penurunan berat badan
- Kelesuan badan
Kami tidak dapat menjawab persoalan anda sama ada Ural berkesan dan selamat untuk anda ataupun tidak kerana anda perlu diperiksa dengan lanjut oleh doktor untuk mengetahui punca sebenar terlebih dahulu.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi di atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.