Sulit
6 tahun
Masalah kiraan haid selepas kahwin
Hi doctor. Saya berumur 25tahun, berkahwin 31/8/19. Sebelum kahwin, period cycle saya tidak teratur. Last Period saya sebelum kahwin tarikh 22/7/19, August sebulan saya tak period. Supposed dalam period calendar, expecting period saya will be on the 3rd September 2019. Tapi saya lambat and tak period jugak. On the 5th, ada spotting, satu titik kecik ja. Lepastu kosong jugak pad, petang 6th September tu ada lah darah warna merah pinkish cair macam keputihan. Lepastu start saya mark period calendar saya. Tapi this time period saya warna tak macam period sebelum kahwin. This time warna macam brownish merah gelap macam tu. Period this time pun macam on off,on the 10th saya tak period, pad pun kosong. Kadang just macam titik ja darah. Ini normal ke selepas kahwin? Because I have trouble marking my period calendar. Saya mark period saya on the 6th, sebab on the 5th tu saya tak tahu counted as period or tak. Mohon pencerahan. Thank you.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak teratur yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Kehamilan - boleh membuatkan “spotting” berwarna coklat kerana implantasi kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























