yoonarose17
4 tahun
Masalah lutut Dan urat Di lutut
Saya ana berumur 35. Saya mempunyai masalah lutut sejak 7 tahun Yang lalu, tapi sekarang agak sakit Dan saya mendapatkan rawatan Di hospital ,cuma skrg saya kena tunggu masa Yang lama sdgkan saya teramat sakit ketika berjalan.boleh ke saya nak tahu apa rawatan Yang sesuai utk saya .
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit lutut anda mungkin boleh disebabkan:
- Penyakit arteri (saluran darah) periferi - sekiranya dibiarkan boleh menyebabkan kematian tisu kaki
- Penyakit Rheumatoid artritis ataupun osteoartritis
- Gout
- Koyakan pada ligamen/tendon lutut
- Masalah cakera tulang belakang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.