Sulit
4 tahun
Masalah Pada Tubuh Badan
saya wanita berusia 21 tahun, saya ingin menanyakan adakah sesuatu yang normal jika payu dara saya besar sebelah? bentuk payu dara saya belah kanan agak berbeza dengan belah kiri? apakah cara atau tips untuk mendapatkan bentuk payu dara yang menarik?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Secara amnya terdapat sedikit perbezaan dari segi saiz anggota badan jika kita membandingkannya dengan sebelah. Akan tetapi, apabila perbezaan terlalu ketara, harus diberikan perhatian kerana ia boleh dikaitkan dengan masalah yang serius seperti barah payudara , skoiliosis dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca haid tidak teratur dan bagaimana untuk merancang kehamilan seterusnya, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.