
Sulit
5 tahun
Masalah payudara tidak sama saiz
Saya berumur 22 tahun, mempunyai masalah payudara sebelah kiri lebih kecil berbanding sebelah kanan. Adakah apa2 cara yang boleh lakukan untuk membuat payudara saya kembali sama saiz?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda. Akan tetapi, ianya adalah normal untuk saiz kedua payu dara berbeza. Ini bukannya masalah kesihatan yang perlu dirisaukan.
Akan tetapi, sekiranya ianya amat menganggu anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.