Tanya Doktor

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Masalah penghadaman & hati

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Oktober 1, 2020 2:16 PM

Sulit 59 hari

Hai Doktor 2hari lepas saya ada buat xray, didapati hati saya sedikit bengkak. Kenapa ia berlaku. Adakah ia akan mberikan kesan kepada usus dan penghadaman? Mohon penjelasan dari doktor.

Dr Sri Viknarajan 59 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Masalah bengkak hati boleh disebabkan pelbagai perkara seperti:

  1. Fatty liver di mana satu penyakit hati bercirikan pengumpulan sel lemak di hati. Fatty Liver merupakan satu spektrum penyakit hati
  • pengumpulan sel lemak di hati sahaja (steatosis)
  • dengan tanda-tanda kecederaan sel hati (steatohepatitis) dan
  • juga dengan proses pemparutan hati separa (fibrosis) dan
  • akhirnya boleh membawa kepada peringkat sirosis.

Sirosis boleh di definasikan sebagai proses pemparutan pada tahap yang kuat di hati berpunca dari pelbagai sebab (antaranya fatty liver ) dan seterusnya memyebabkan pengurangan fungsi hati dan juga kanser hati atau hepatoma.

Pesakit yang mempunyai fatty liver telah di kenal pasti mempunyai ciri-ciri histopatologi (mikroskopik) hati seperti seorang peminum alkohol walhal mereka tidak pernah minum alkohol, atau pun pengambilan alkohol tersebut tidak signifikan.

Pesakit tipikal fatty liver adalah seseorang yang mempunyai masalah obesiti, diabetes mellitus, darah tinggi, dyslipidemia (tahap kolesterol yang tinggi terutama triglyceride) atau keseluruhannya mempunyai tanda-tanda pengidap sindrom metabolik . Walau bagaimana pun, fatty liver juga boleh berpunca daripada pengambilan alkohol yang berlebihan, pengambilan sesetengah ubat-ubatan, komplikasi selepas pembedahan usus dan juga berkaitan dengan penyakit hepar yang lain seperti penyakit wilson.

Kajian-kajian terdahulu mendapati bahawa fatty liver di kesan dalam 20 % populasi penduduk di Amerika Utara dan Eropah. Manakala di rantau Asia Pasifik, kadar fatty liver di Jepun adalah sebanyak 30 % dalam tahun 2004. Lingkungan umur pesakit fatty liver adalah 40-49 tahun dan ianya kerap berlaku di kalangan kaum lelaki.

  1. Hepatitis
    Hepatitis ialah penyakit hati. Ia sebabkan oleh radang hati. Radang hati disebabkan oleh ubat-ubatan termasuk ubat herbal, alkohol, sistem immune badan seseorang dan lain-lainnya.

Sebab yang biasa penyakit hepatitis di Malaysia ialah jangkitan virus hepatitis.

Ada banyak jenis hepatitis viral, antaranya ialah:

  • Hepatitis A kerana jangkitan virus hepatitis A.
  • Hepatitis B kerana jangkitan virus hepatitis B.
  • Hepatitis C kerana jangkitan virus hepatitis C.
  1. Penyakit batu karang hempedu
    Batu karang hempedu adalah formasi seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu dan ditemui dalam pelbagai bentuk, warna dan ketekalan. Ia terbentuk apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair. Lama-kelamaan batu karang hempedu ini menjadi bertambah besar atau semakin banyak. Batu karang hempedu boleh terperangkap sepanjang duktus sistk atau duktus hempedu sesama apabila ia keluar dari pundi hempedu. Batu karang hempedu juga boleh terbentuk di hati, duktus hepatik atau duktus hempedu. Batu karang hempedu dikelaskan berdasarkan komponen kimia dalam batu kolesterol, batu pigmen dan batu bercampur. Majoriti batu karang hempedu adalah batu bercampur.

Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul.

Bengkak hati boleh menjadi kanser hati dan memberikan kesan kepada usus jika kanser hati merebak ke usus. Oleh itu, pemeriksaan rapi wajib dilakukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sakit perut anda hari ini.

Dikemaskini pada: Thu Oct 01 2020 14:16:06 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Gastroenterologi tentang sakit perut secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Sembelit selama 4 thn kemungkinan kansee usus saya mengalami sembelit sdh hampir 4thn…dr umur saya 13-16 thn…setiap simptom kanser usus saya pernah alaminye…adkah kemungkinan saya mengalami kanser usus sedangkan umur saya baru 16thn Baca lagi...
18 hari
Sulit
Perut membuncit secara tiba2 dan rasa ada ketulan Hai doc…saya nak tnya kenapa lately sy perasan perut sy membuncit dan sering rasa tidak puas apabila bernafas kemudian bila sy tekan pd perut sebelah kiri terasa seperti ada ketulan keras tetapi… Baca lagi...
10 hari
Sulit
Sakit Perut seperti perut Yang berasid Saya perempuan berumur 18 tahun. Masalah buang air besar Yang tak normal (cirit) dah 1-2bulan lebih terjadi. Tapi saya tak berjumpa dengan doktor sebab saya sibuk. Jadi 1minggu Yang lepas, perut… Baca lagi...
17 jam
Sulit
Sengal perut belah kanan bawah disertai sakit pinggang Salam… Doktor, sy kerap mengalami sengal bahagian perut bawah belah kanan sahaja disertai sakit pinggang belakang bahagian kanan. Ia kerap terjadi jika sy kepenatan atau dudk terlalu lama…untuk … Baca lagi...
10 hari
Sulit
Makan ubat lawas sembelit setiap minggu Assalamualaikum doktar… since im having symptoms of severe pms… im also having constipation… sometimes i haven’t pooped for a week or over a week… Since that i started to take ubat lawas sembeli… Baca lagi...
16 hari