
Sulit
5 tahun
Masalah penglihatan kabur sebelah kanan
Sy mengalami sakit mata pada 8.3.2020 dan hqmpir 3 minggu baru pulih. Tetapi sekarang ni mata kanan sy penglihatsn menjadi kabur sedikit. Apa masalah ya dan sy bercadang utk berjumpa pakar mata dlm masa terdekat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Penglihatan kabur seperti kabus boleh disebabkan banyak perkara, antaranya:
- Penggunaan contact lens dengan begitu lama
- Jangkitan kuman pada mata
- Rabun mata
- Penggunaan ubat titik pada mata
- strok
- kencing manis yang menjejaskan mata menjadi katarak
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.