
Sulit
4 tahun
Masalah period yang tidak teratur…hendak mencubabubat subur
Saya sudah berumur 35thn… Blm ada cahaya mata. Boleh ke saya mengambil ubat subur contoh clomid…period saya tidak teratur. Selang 14hari msti period balik. Saya tidak pernah ambil ape2 ubat sebelum ni.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, anda perlu berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk membuat pemeriksaan kesihatan sebelum diberi kebenaran untuk mennggunakan ubat kesuburan kerana ubat tersebut hanya diberikan kepada pesakit yang mempunyai masalah kesuburan tertentu.
Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang wanita mengalami masalah haid tidak teratur:
- Sindrom polisistik ovari (PCOS)
- Endometriosis atau adenomyosis
- Polip atau fibroid rahim
- Masalah tiroid atau kelenjar pituitari
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Ia juga boleh berpunca dari masalah lain yang tidak kami sebutkan. Saranan kami adalah anda berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan terperinci dapat dibuat dan diberikan rawatan berdasarkan diagnosis.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami mengenai masalah yang anda hadapi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.