
Sulit
3 tahun
Masalah Personaliti
Saya seorang remaja yg berumur 22 tahun, masalahnya saya tidak gemar keluar melepak bersama kwn2 jika diajak…smpaikan kwn saya tidak suka dengan perangai saya dan sering memerli saya. Saya lebih suka menghabiskan masa saya di rumah. Jika saya keluar, saya rasa saya ingin pulang ke rumah dengan secepatnya dan emosi saya sering terganggu seperti rasa amat keletihan,lesu,cepat marah dan kurang bertenaga. Persoalannya adakah normal atau ada gangguan mental yang dihadapi oleh saya???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Terlebih dahulu, kami faham kerisauan anda mengenai masalah yang dialami oleh anda di mana anda tidak gemar melepak dan lebih suka menyendiri. Namun jangan risau kerana kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara umumnya, perwatakan begini adalah normal dan tidak mempunyai masalah. Namun begitu, gejala sebegini juga boleh disebabkan oleh:
- Masalah psikologikal:
- Stres atau tekanan emosi
- Kemurungan ( depression )
- Keresahan ( anxiety )
- Kecelaruan bipolar ( bipolar disorder )
- Masalah personaliti
- Ketumbuhan di dalam otak juga boleh menyebabkan perubahan dalam tingkah laku seseorang
Sekiranya anak anda menunjukkan gejala ini, sila bawa beliau ke hospital dengan segera :
- Bertindak ganas tanpa sebab
- Sawan
- Membahayakan diri atau orang lain
Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan penerangan lanjut mengenai masalah yang dialami dan supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda, terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.