rsitithaqifah
6 tahun
Masalah perut berpanjangan
Saya dah dua hari rasa sakit perut. Macam ada benda dalam perut. Bila baring tak boleh mengiring, rasa sakit. Macam benda tu bergerak dalam perut. Kalau duduk lama, nak berdiri sakit. Masalah apa ya? Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Sebaiknya dijelaskan lagi bagaimana kebiasaan makan anda, nafsu makan, rutin buang air besar, buang air kecil, kitaran haid, serta gejala-gejala tambahan seperti mual dan muntah.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih





























