eikaerika92
3 tahun
Masalah perut sebelah kiri
Salam doc, Sy wanita yg berumur 27tahun. Saya mengalami sakit perut di sebelah kiri. Tapi saya tidak mengalami masalah lain seperti demam, mual,sembelit. Terasa seperti tikaman perut bawah. Ape yang patut saya lakukan.
6 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- usus tersumbat yang meyebabkan pergerakan najis keluar terhalang kebiasaannya kerana kurang pengambilan fiber yang ada dalam sayuran dan buah buahan
- batu karang
- jangkitan di sepanjang saluran kencing
- sakit otot
- diverticulitis (radang pada ‘saku’ usus)
Terdapat juga penyebab yang berlaku dalam kaum wanita sahaja seperti
- radang pelvis
- kandungan di luar rahim
- ovari terbelit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























