
Anonymous
5 tahun
Masalah pundi kencing dan tidak terkawal
Saya mengalami masalah ini . Seperti ia tidak terkawal . Kadang kadang terbabas . Ada jalan penyelesaian ke ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kerap kencing ini boleh disebabkan:
- Banyak minum air diwaktu siang atau malam
- Banyak minum minuman berkafein - seperti teh atau kopi
- Keradangan pundi kencing - akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Pundi terlebih aktif - “overactive bladder”
- Kencing manis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.