syazzaadilla
2 tahun
Masalah Resdung Dan Mata Bengkak
Saya mengalami resdung dah lama dah, dikira 2-3 tahun, kadang-kadang makan ubat alergic or ubat selsema masih tak berkesan. Bila saya gi klinik, Doktor still bagi ubat yang sama and saya tak tahu nak buat macam mana, kadang bila bangun pagi dah start selsema, bila bersihkan tempat habuk, gatal hidung, hidung automatik berair and mata bengkak. Apa perlu saya buat ya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan nasihat lanjut dan juga supaya mendapat beberapa pilihan rawatan mengenai masalah yang dialami oleh anda.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut dan memerlukan pendapat kedua, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.