
Sulit
4 tahun
Masalah sakit perut
Saya lelaki berumur 21 tahun dan mengalami sakit perut di bahagian bawah kanan dan merasa pedih…kadang kala saya akan berat air

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, secara amnya, sakit perut kanan boleh disebabkan oleh beberapa penyebab, antaranya:
- Penyakit radang pelvis
- Radang apendiks
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan yang betul .
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.