Sulit

4 tahun

Masalah sakit sendi yang kronik

Saya wanita dalam lingkungan 49 tahun.saya mengalami sakit lutut sejak bulan mei 2019 yang lalu.doktor mengesahkan lutut kekurangan gel dan bergesel.saya dah cuba bermacam2 ubat spt glukosimine dll.lagi ubat yang berkaitan dengan sendi.tetapisegala suppliment tersebut tidak.membantu saya untuk pulih.sampai.akhirnya saya membuat keputusan untuk membuat suntikan gel ke lutut saya.tetapi selepas membuat suntikan kali pertama sakit lutut saya.hilang hanya 50% sahaja tidak.hilang sepenuhnya.soalan.saya adakah gel atau pelincir untuk lutut itu boleh merawat kembali tulang rawan yang sudah nipis agar sembuh spt sediakala? Atau adakah rawatan lain selain yg sesuai selain pembedahan.Apakah suppliment2 yang bersesuaian untuk merawat tulang rawan ini boleh membantu saya untuk pulih dan bebas dari penyakit lutut yang kronik ini dan apakah kesan2 pengambilan suppliment ini jika diambil dalam jangmasa yang lama di samping suntikan steroid.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Berat badan yang berlebihan
  • Usia iaitu 45 tahun dan keatas
  • kekurangan zat besi dan kalsium
  • aktiviti yang membebankan
  • tidak cukup rehat
  • rapuh/hakisan tulang
  • Radang sendi, penyakit zinc dalam darah yang berlebihan- terdapat penyakit lain yang menyebabkan sakit anda

Maka, anda boleh mengawal berat badan anda jika ia berlebihan, kurangkan aktiviti yang membebankan seperti bercangkung, mengangkat barangan yang berat, makan makanan yang cukup zat. Rawatan penyakit ini kebiasaannya ialah ubat tahan sakit dan juga mengubah gaya hidup seperti yang kami sarankan. Walaubagaimanapun, sekiranya ia tidak berkesan, suntikan steroid pada sendi yang terjejas. Terdapat beberapa alternatif yang tidak terbukti secara saintifik boleh membantu masalah sendi yang anda hadapi seperti suntikan hyaluronic asid, Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation, Acupuncture, meletakkan bahan panas diselangi sejuk pada sendi yang terjejas juga disarankan. Namun jika ia masih tidak berkesan, anda disarankan untuk menjalani prosedure atroscopy/ athroplasty.

Suntikan steroid ialah rawatan yang lebih tertumpu pada sendi berbanding steroid dalam bentuk pil makan. Oleh itu, risiko komplikasi yang boleh didapati melalui suntikan steroid jauh lebih rendah berbanding pil makan. Walaubagaimanapun, ia masih lagi boleh memberi risiko komplikasi penggunaan steroid pada jangka masa panjang seperti kencing manis, masalah psikiatri, osteoporosis dan macam-macam lagi.

Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

knee

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)