
Sulit
4 tahun
Masalah sakit tgn lengan igtn
Halo dokter ibu saya berumur dalam lingkungn 40 lebih , dia skrg mengalami , kepala die rasa bergoyang sakit lengan kaki . Dan skrg dua minggu rasa mcm sesuatu Di you hati rasa mcm bende nak kluar tapi tak boleh . Die jugak ade penyakit angin . Lupe lagi satu die skrg mudah lupe dan susah nak smpaikan maklumat . Die dh buat ct scan otak tapi tkde ape2 . Bagaimana ya doktor ? Tapi die skrg berhenti follow up dgn doktor .

4 tahun
Terima kasih atas soalan anda,
Kami memahami bahawa kini ibu anda mengalami masalah kepala terasa seakan bergoyang disamping sakit lengan. Kondisi ini boleh saing berkait ataupun berpunca daripada dua sakit yang berbeza.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia (Kekurangan darah)
- Insomnia
- Hypotension
- Masalah hormon tiroid
- Anxiety
- Agarophobia (perasaan cemas semasa berada di luar)
- Panic attack
Anda dinasihatkan untuk:
- Mendapat tidur yang cukup
- Mengambil diet makanan yang berkhasiat terutamanya makanan yang mengandungi iron (sayur-sayuran).
- Elakkan bahan yang mengandungi kaffeine kerana ianya akan menyebabkan sensasi kecemasan.
- Mendapat nasihat daripada pakar psikiatri sekiranya perasaan cemas atau panik ini semakin buruk.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.