Sulit
2 tahun
Masalah saya masih belum selesai sehingga kini
Pengambilan darah boleh tahu seseorang itu sedang sakit apa?kos untuk fullcheckup berapa ye hospital kerajaan? Saya dh bnyk p klinik penyakit saya ttp jgk ada.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Menurut kenyataan anda, anda ingin mengetahui sekiranya pengambilan darah dapat mengenal pasti penyakit seseorang. Serta kos pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, pemeriksaan darah boleh dilakukan untuk menilai
- jumlah sel darah
- kadar metabolisma tubuh
- tahap kolesterol
Namun begitu, pemeriksaan itu juga boleh dilaksanakan untuk menilai kondisi tubuh yang lebih serius serta memerlukan rawatan lanjut seperti:
- jangkitan bekteria atau virus
- gangguan perdarahan
- penyakit kronik
- kanser
Untuk mengetahui tentang kos pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan, anda boleh menghubungi talian perkhidmatan hospital yang berdekatan anda untuk maklumat lanjut.
Disamping itu, anda juga amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.