Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Masalah Sembelit kanak2

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 18, 2020 1:37 AM

Sulit 12 hari

Anak saya kersembelit Dan membuang Lebih kurang Seminggu sekali

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 12 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Pengaruh gaya hidup- Pola makan yang kurang sehat, seperti kekurangan serat serta kekurangan air

  • Menunda buang air besar- Sering kali anak-anak menunda untuk buang air besar kerana perasaan takut, malu, atau tiada privasi untuk menggunakan tandas

  • Pengaruh ubat-ubatan- Ubat-ubatan tertentu seperti suplemen kalsium, suplemen zat besi, ubat antiepilepsi, antidepresan, antipsikotik, dan antidiuretik boleh menyebabkan sembelit

Untuk menangani masalah ini disarankan supaya anak anda:

  • Banyakkan serat dalam pemakanan

  • Banyak minum air

  • Jangan tangguh apabila mahu ke tandas

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon May 18 2020 01:37:12 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Berak berdarah dan sakit di bahagian dubor Saya mengalami sembelit, kali pertama sy usaha keluarkan najis , darah keluar sedikit tapi sy tak rasa sakit, second time sy risau sebab memang susah nk keluar, sy makan julat sy beli dekat farm… Baca lagi...
42 hari
Sulit
Membuang najis berwarna hitam Saya aisah berumur 29thn, sejak dua hari lepas saya membuang najis berwarna hitam dan sering sakit perut Baca lagi...
47 hari
hazimpro.yaccob20
Najis bewarna hitam dan keras, tanoa seberang simtom yang pelik Saya lelaki berumur 20 tahun, tiada rikod penyakit serious, kebelakangan ni saya sering mendapati pembuangan air besar saya bermasalah, saya sering mengambil “bikunis” untuk untuk membuang air besar, … Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Risau najis hitam/coklat Text you copy will automatically show hereText you copy will automatically show hereText you copy will automatically show here Baca lagi...
31 hari
Sulit
Anak sukar membuang air besar Hi doktor. Anak saya berumur 2tahun 2bulan mengalami masalah sukar untuk membuang air besar. Setiap kali anak saya membuang air besar, najis keras seperti batu. Anak saya membuang air besar yang… Baca lagi...
37 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi