
Sulit
4 tahun
Masalah sukar hamil (kesuburan)
Hi selamat pagi doktor, saya dan suami berusia 28 tahun. Baru bernikah bulan 12 2020. Setiap bulan kami merangcang untuk mendapatkan anak tapi masih belum berhasil. Saya akan cek menggunakan ovulation test strip dan mendapat hasil double line yang pekat sebelum bersama…tapi masih juga belum berhasil. Adakah ini punca dari masalah sperma suami? Macam mana cara untuk membuat test kesuburan untuk suami? Bagaimana cara untuk buat appointment? Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Tahap kesuburan seorang lelaki biasanya diperiksa hanya apabila pasangan mempunyai masalah kesukaran mendapat zuriat. Melainkan anda wanita yang sedang merancang kehamilan, kesuburan seorang lelaki biasanya dinilai daripada kualiti sperma.
Anda boleh ke pusat kesihatan kerajaan mahupun swasta dan ceritakan permasalahan anda, setelah itu anda akan dirujuk ke bahagian yang mengendalikan kesuburan.
Untuk persoalan lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.