syazrultasha
4 tahun
Masalah Tiroid hormon
Bacaan tsh dan ft4 anak saya ialah ft4=23 tsh=9…saya ingin tahu adakah bacaan tersebut adalah dalam lingkungan bacaan yang normal…?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, julat normal bacaan hormon tiroid bagi kanak-kanak berubah-ubah menurut usia mereka. Justeru, sebaiknya anda menjelaskan usia anak anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.