
danil89ayg
4 tahun
Masalah untuk anak 0 bulan…baru genap 12 hari
Sya nak tnya 2 hari lepas anak sya ne buang air besar lancar je,tepi dri pukul 10 mlm smlm ke pagi pikul 6 pagi hari ne anak sya belum buang air besar lagi…so ada masalah tak sya risau …

6 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Saya akan cuba menjawab soalan yang diutarakan oleh anda. Masalah sembelit adalah salah satu maslah yang dialami oleh golongan kanak kanak.Namun beitu ia bergantug pada usia dan tempoh masa mereka mengalami simptom tersebut.
Simptom simptom yang mencadangkan anak anda mengalami sembelit adalah:
- kurang kekerapan buang air besar
- keadaan najis yang keras
- tangisan bayi yang susah untuk diselesaikan
dan sebagainya.
Tambahan pula jika anda mendapati bahawa anak mengalami demam, muntah dan kekurangan berat badan adalah amat disarankan anda untuk mendapat pandangan doktor.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih