
syifaaina509
4 tahun
Masuk angin, pinggang punggung, pinggul sehingga kaki
Saya wanita umur 20 tahun…sebelum ini saya pernah mengalami keadaan yang sama. Saya sudah berjumpa dengan dokter. sehingga sekarang saya belum sembuh. Sebelum dan selepas makan saya rasa loya dan nak muntah…tetapi tidak muntah. Badan belakang saya sakit2 sehingga pinggang. Sebelum ini sakit kepala. Warna air kencing dan najis saya tiada masalah. Saya kerap berasa lesu. Dan selepas makan mesti saya akan membuang. saya dah mkan vitamin…apa ini ada tanda kanser?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- stres
- masalah hempedu
- ulser perut
- usus tersumbat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.