Sulit
3 tahun
Mata ada titik tompok merah
Salam. Anak saya ada satu titik tompok darah. Atas mata putih, tepi mata hitam. Adakah ia bahaya. Dia tidak ada jatuh,cuma gesel sahaja.Saya perasan bila dia gesel berulang kali. Mohon pencerahan dari doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Secara umum, gangguan mata yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai masalah, antaranya:
- Jangkitan kuman pada mata
- Jangkitan atau inflamasi kelenjar air mata
- Alahan kepada produk
- Trauma pada kawasan mata
- Atau gangguan mata yang lain
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Justeru untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).