Sulit
4 tahun
Mata berdarah setelah beberapa hari sakit mata
Saya lelaki berusia 20-an. Sudah 3 hari saya mengalami sakit mata akibat berjangkit dengan rakan kerja. Saya sudah ke klinik dan mendapatkan ubat. Tetapi hari ini, saya perasan ada cecair keluar dari mata saya, dan saya dapati ia darah. Namun ia tidak berterusan. Saya juga mengalami sakit kepala akibat sakit mata saya.
Adakah kondisi saya normal? Atau ada apa apa yang patut saya lakukan?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit mata dan pendarahan mata yang anda alami ini boleh disebabkan kesan jangkitan kuman, kesan iritasi ubat atau kemasukan bendasing. Sakit mata sememangnya akan membuatkan seseorang berasa sakit kepala. Anda boleh mengambil ubat tahan sakit bagi melegakan sakit kepala beserta rehat. Sekiranya terdapat pendarahan mata, kekaburan penglihatan serta sakit kepala yang teruk, maka anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera bagi pemeriksaan lanjut, Sekian