
Sulit
5 tahun
Mata bertahik Dan hidung berair
Anak Saya berumur 6 bulan.5hr lepas demm,pergi klinik bg ubat demm.hr ke6,Mata dah Mula bertahik n hidung brair.kenapa ya doktr?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tahi mata pada bayi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Viral conjunctivitis akibat jangkitan virus, tiada ubat
- Conjunctivitis bakteria.
- Cairan normal yang sering disebabkan iritasi seperti garu dengan tangan
- Salur air mata yang tersekat.
- Benda asing dalam mata
Selain dari pengubatan, anda juga boleh melakukan hal berikut untuk mengurangkan berat masalah:
- Menyapu ia dengan air suam
- Sentiasa mencuci tangan dengan bersih sebelum menyentuh mata
- Elakkan menggaru atau menenyeh mata terlalu sering
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak beberapa lama, dikhuatiri dapat menganggu keselesaan bayi. Sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.