
Sulit
4 tahun
Mata di sebelah kiri bayi sentiasa berair
Asslamualaikum & Salam Sejahtera,
Doktor,
Bayi saya berusia 7 bulan dan sejak usianya 1 bulan saya lihat matanya kerap berair dan merah di mata sebelah kiri. Apa langkah yang patut saya lakukan untuk merawat dan boleh cadangkan dimana hospital yang boleh saya buat pemeriksaan.
Terima Kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Konjunktivitis
- bakteria
- Virus
- Alahan
- Ubat titis di mata
Kadang-kala, selepas bayi demam lebih-lebih lagi sekirannya mereka mendapat jangkitan virus, mereka mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat jangkitan kuman dan boleh menyebabkan masalah mata.
Untuk mengetahui punca masalah yang bayi anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit tersebut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.