
Sulit
4 tahun
Mata nampak benda berwarna berkelip
Saya lelaki berusia 50an, sebelah kanan saya nampak bola berwarna merah biru hijau kuning dll bulat2 sebesar lampu kereta berkelip-kelip. saya tutup kedua belah mata selama seminit ianya akan pulih. Selepas 20 minit akan terjadi semula.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah mata.
Untuk makluman anda, saya tidak boleh menerangkan apa yang berlaku kepada anda. Maklumat lanjut perlu ditanya bagi mengetahui perkara sebenar. Saya menasihatkan anda untuk berjumpa pakar mata atau ke mana mana klinik berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan mata. Hal ini boleh jadi serius sekiranya dibiarkan berlarutan.
Kemungkinan hal ini disebabkan oleh:
- Katarak
- Rabun
- Masalah saraf
- Keradangan mata
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.