
Sulit
4 tahun
Mati pucuk yang mungkin disebabkan kencing manis
Saya ada kencing manis, zakar saya tidak dapat tegang lagi.saya banyak membeli bermacam ubat kuat sebelum ini. Tapi sekarang sudah macam tak berfungsi lagi. Tolong bantu saya doktor

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sebelum memulakan apa-apa rawatan, punca kepada masalah yang anda alami perlu dikenal pasti dahulu. Terdapat banyak faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya mati pucuk. Keadaan ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu faktor-faktor yang boleh diubah dan faktor-faktor tidak boleh diubah.
Antara faktor-faktor yang boleh diubah:
- Penyakit Kronik seperti kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol dalam badan
- Gaya hidup yang tidak sihat
- Berat badan berlebihan
- Merokok
- Penggunaan dadah terlarang
- Aktiviti seksual tidak sihat
- Masalah psikologi atau kesihatan mental
Faktor-faktor yang tidak boleh diubah. Antaranya;
- Umur yang meningkat
- Trauma kepada alat kelamin
- Penyakit genetik
- Penyakit saraf
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Disebabkan anda mempunyai kencing manis seperti yang anda nyatakan di atas, saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor dan dapatkan dahulu rawatan untuk masalah kencing manis anda dan dapatkan langkah yang sesuai untuk merawat gejala mati pucuk.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.