Sulit
2 tahun
Mempunyai masalah payudara yang terlalu kecil seperti lelaki
saya perempuan berusia 20 tahun. saya mempunyai payudara yang terlalu kecil yang kelihatan seperti payudara lelaki. bolehkah saya mengambil apa2 ubat atau ubat hormon difarmasi? atau ada cara lain yang boleh saya ikhtiarkan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, saiz payudara setiap wanita ini berbeza-beza, bergantung kepada peratus lemak tubuh, cara lemak tubuh, serta kondisi kulit dan otot-otot yang dimiliki setiap wanita. Selain itu, saiz payudara dipengaruhi oleh genetik anda. Sekiranya wanita dalam keluarga ibu atau bapa anda mempunyai bahagian badan yang kecil, maka anda akan mempunyai payudara yang kecil. Anda tidak digalakkan untuk apa-apa ubat hormon tanpa mendapatkan konsultasi dengan doktor terlebih dahulu.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih