
jihah_04
4 tahun
Menampal gigi berlubang di musim covid19
Saya ingin menampal gigi yg berlubang kerana saya juga penghidap VSD (ventricular septal defect). Adakah selamat untuk saya ke klinik pergigian pada musim covid ini??

5 tahun
Terima kasih atas soalan berikut,
Anda boleh untuk ke klinik gigi kerajaan ataupun swasta untuk melakukan proses penampalan gigi. Pastikan anda mengamalkan langkah pencegahan ya g sebetulnya ketika berkunjung ke fasiliti perubatan.
Kami tidak boleh memberikan jaminan berkenaan selamat daripada JangkitanCOVID-19, kerana di mana-mana sahaja semua orang berpotensi untuk mendapatkan virus ini jika tidak mengamalkan langkah pencegahan sebaiknya. Jika anda merasakan amat perlu untuk menampal gigi, maka anda boleh mengikut nasihat di atas.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.