
Sulit
3 tahun
Menangis sepanjang malam dan berasa diri tidak berguna
salam sejahtera, saya wanita berusia 21 tahun. setiap mlm saya sering menangis dan berasa sakit hati disertai merasa diri tidak berguna. Pada masa yang sama, saya sering membayangi diri saya mengambil pisau dan memotong pergelangan tangan saya. Apabila saya berhenti untuk melakukan, saya menangis sekuatnya kerana geram dan sedih. 2 tahun saya mengalami situasi ini setiap hari dan kadang kala saya menangis tanpa sebab di sekolah. selepas habis sekolah, saya cuba untuk memperbaiki mental saya. namun, semua situasi itu berlaku lagi. adakah saya mengalami depression?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, anda mungkin mengalami kemurungan. Terdapat beberapa tanda daripada kemurungan. Antaranya adalah:
- Merasa sedih, hampa dan risau
- Merasa bersalah dan tidak berharga
- Kurang berminat dalam beraktiviti
- Mudah berasa jengkel
- Tidak bersemangat
- Ada perasaan ingin bunuh diri
- Kursng bertenaga
- Sukar untuk tidur
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri