
Sulit
5 tahun
Menangis tanpa sebab selepas putus susu badan
Anak saya umo 2y 2m baru putus susu badan… kalau dia tidur awal, jam 3-4pg dia mesti terjaga n nangis tanpa sebab & xnak dipujuk selama 30min - 1jam… mula2 saya ingat sebab putus susu… tapi dah 2bulan dia macam ni… ada apa2 saya bole buat ke doktor?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah bayi boleh disebabkan oleh:
- jangkitan kuman dalam badan
- sakit perut kerana sembelit
- kecederaan pada mata
- habitual crying kerana inginkan perhatian
- masalah psikiatri kanak-kanak (amat jarang berlaku)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.