Sulit
4 tahun
Menekan Titik akupresur
Helo doktor saya merupakan seorang perempuan berumur 14 tahun 2 bulan…saya mahu bertanya adakah dengan memicit titik akupresur secara rutin dapat menambah ketinggian dengan cepat.?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, akupresur adalah di luar bidang kepakaran kami dan tiada kajian kukuh yang menunjukkan bahawa dengan memicit akupresur mampu meningkatkan ketinggian.
Secara amnya, tahap ketinggian berkait rapat dengan usia seseorang mencapai akil baligh selain faktor lain yang mempengaruhi seperti jantina, keturunan keluarga, cara pemakanan dan senaman. Kebanyakan kanak-kanak lelaki mencapai akil baligh berusia antara 10 hingga 13 tahun dan mengalami ketinggian yang meningkat antara 12 hingga 15 tahun. Ini bermakna peningkatan ketinggian terbesar berlaku kira-kira dua tahun selepas ianya berlaku pada kanak-kanak perempuan.
Lazimnya antara senaman yang boleh mempengaruhi penambahan ketinggian termasuk:
- bergayut
- berenang
- merenggangkan otot
- lompat - skipping
Kekerapan senaman yang disyorkan adalah 3 kali dalam seminggu dengan jangka masa lebih kurang 15-30 minit untuk satu senaman. Anda dinasihatkan untuk tidak melakukannya di luar kemampuan tubuh atau senaman yang terlalu intensif atau agresif tanpa rehat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

































