
Sulit
3 tahun
Mengalami gejala lemah tenaga dan demam on off
Mengalami gejala lemah tenaga dan demam on off selepas 4 hari vaksin 2nd dose Sinovac
Bahagian leher dan dada berpeluh
Berapa lama keadaan akan reda

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda khuatir dengan kesan sampingan vaksin Covid-19.
Simptom-simptom yang dialami seseorang daripada vaksin Covid-19 berbeza dan kebiasaannya akan reda dalam beberapa hari.
Namun demikian,terdapat beberapa simptom bahaya yang perlu diambil berat.
- Sakit kepala yang teruk dan berlarutan
- pengsan atau sawan
- Sakit pada bahagian perut yang teruk dan berlarutan
- Sakit dada yang berlarutan
- Kaki bengkak
- Sesak nafas
Sila rujuk kepada doktor atau ke hospital segera jika mengalami gejala ini.
Anda bolehlah mengawal simptom mennggunakan beberapa petua dibawah.
Antaranya:
- Meletakkan Kompres sejuk di bahagian tangan yang dicucuk.
- Tidak merehatkan tangan untuk tempoh waktu yang terlalu lama
- Mendapatkan nasihat doktor untuk ubat yang boleh dibeli atas kaunter seperti panadol.
- Memperbanyakkan air yang diminum
Kami harap jawapan ini membantu.
Anda juga boleh mendapat nasihat doktor melalui konsultasi atas talian kami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini