Sulit
2 tahun
Mengalami kebimbangan sebelum tidur dan sesak nafas semasa tidur
Hai doctor, saya remaja perempuan berusia 18 tahun.Hari ini, pada waktu pagi ketika saya tidur, saya mengalami sesak nafas tetapi sebentar sahaja, dalam beberapa saat.Sebelum tidur, saya ada rasa bimbang terhadap pernafasan saya sahaja.Adakah disebabkan kebimbangan sebelum tidur tersebut boleh terjadinya sesak nafas yang sebentar semasa tidur? Terima kasih doctor kerana sudi menjawab pertanyaan saya ini.
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Hidung sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Sukar bernafas ketika baring, boleh berpunca dari banyak perkara antaranya:
- saluran nafas yang tersumbat
- penyakit organ paru-paru (asma, bronkitis, dll)
- gangguan organ jantung
- kelainan saluran pencernaan
- gangguan cemas
- tanda-tanda insomnia
- atau gangguan psikologi yang lain
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pulmonologist kami sedia membantu.
Justeru bagi menghilangkan masalah tersebut, saya sarankan anda mengetahui terlebih dahulu kondisi tubuh dan kesihatan yang sebenar, agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan. Untuk itu, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.