Sulit
3 tahun
Mengalami kesakitan selepas Mengalami kesakitan selepas kemalangan
Pada 29/2/2020 , saya telah terlibat dengan satu kemalangan motorsikal dimana dada dan kepala saya terkena hentakan kuat . saya telah membuat pemeriksaan di hospital selepas kemalagan dam hasil xray doktor memberitahu tiada patah di bahagian tulang. Sampai sekarang bahu kanan , kepala , dan sada saya , sehingga tidak dpat melakukan aktvii harian
Boleh bagi pendapat doktor?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit pada bahagian badan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Trauma atau lebam pada otot
- Kami juga tidak boleh menolak keretakan pada tulang (namun kami tidak boleh mengulas lanjut kerana tidak melihat xray anda)
- Tulang rawan retak
- Keradangan tisu
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.