
Sulit
4 tahun
Mengandung 2 minggu
Saya seorang Isteri yg berumur 28 tahun…Sy telah mendirikan rumahtangga selama 12 tahun…Dan kami Sy mempunyai 5 org Ank… Yg sulung 10 tahun/8 tahun/7 tahun/5 tahun Yg bongsu 3tahun lebih dan masih menyusu badan…Saya Cuma ingin tanya pendapat doktor…niat sy memang xnk lagi Zuriat… Cukup la 5 org… Kerana Sy bersalin dlu Secara Rapat@Setaun Sorang…Saya terlalu Penat kerana tak dpt rehat kan bdn bersalin dlu…skg bru rasa rehatkan badan Sikit sbb yg bongsu dh 3 tahun lebih…Sebelum ni sy amalkan perancang jenis pil…masuk bulan ni dah 5 bulan sy tak period…Tp Skg saya disahkan mengandung 2 minggu… Bolehkah jika saya gugur kan kandungan usia 2 minggu ni… Kerana sy belum bersedia Mohon bantu Sy doktor…bdn sy masih penat untuk uruskan anak yg masih kecik…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, undang-undang Malaysia tidak membenarkan wanita menggugurkan kandungan sesuka hati. Berdasarkan keterangan anda di atas, sekiranya anda ingin menggugurkan kandungan, dan jika kandungan ini merupakan kandungan yang tidak diingini, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor. Anda mungkin tidak dibenarkan untuk menggugurkan kandungan namun pihak hospital boleh mencari jalan untuk membantu anda sepanjang anda mengandung dan mengurus bayi tersebut setelah dia lahir Anda dinasihatkan untuk tidak menggugurkannya sendiri, hal ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi lain daripada berlaku kerana ianya berbahaya kepada diri anda bahkan boleh membawa maut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.