
Sulit
4 tahun
Mengandung, hidung terumbat, hilang deria bau
Sy kerap sakit kepala walaupun selepas makan pcm. Sy juga hilang deria bau dan rasa. Adakah ia berpunca dari alahan kerana mengandung? Sy risau jika ianya merbahaya utk kandungan sy. Adakah sakit kepala dan hilang deria bau dan rasa ini mengambil masa yg lama untuk sembuh?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, hidung tersumbat adaah gejala yang sering berlaku di kalangan wanita mengandung disebabkan perubahan hormon mereka dan boleh menyebabkan sakit kepala. Beberapa wanita mengandung juga telah melaporkan kehilangan deria rasa dan bau pada minggu-minggu awal kehamilan dan akan pulih dan kembali selepas melahirkan anak.
Anda boleh menghidapi selsema jika anda mempunyai simptom lain seperti:
- Selalu bersin
- Hingus meleleh
- Sakit tekak
- Batuk
Simptom yang saya senaraikan tidak akan terjadi disebabkan hormon pada waktu hamil tetapi disebabkan jangkitan bakteria. Jika anda didatangi simptom demam bersama simptom yang saya senaraikan, anda mungkin menghidapi penyakit flu. Walaupun simptom flu dan selsema sama tetapi flu mempunyai simptom demam.
Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor dengan segera jika anda mempunyai simptom-simptom ini:
- demam
- kahak dan hingus bewarna hijau atau kekuningan
- simptom berterusan selama 2 minggu
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.