Anonymous
4 tahun
Mengandung ketika haid
Saya telah berkahwin pada bulan lepas. Pada awal selepas isteri sy haid, sy berhubungan sex dengan dia. Selepas itu, dia mengalami muntah2 dan cirit birit. Kemudian pd bulan ini dia mengalami menstruasi. Adakah dia mengandung? Dan adakah boleh mengandung ketika haid?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Peluang untuk hamil pada awal selepas haid dan semasa adalah nipis tetapi mempunyai kemungkinan juga terutamanya bagi wanita yang mempunyai kitaran haid lebih daripada 28 hari. Terdapat banyak simptom untuk kehamilan tetapi jika isteri mengalami menstruasi seperti biasa, besar kemungkinan isteri anda tidak hamil.
Untuk maklumat lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.