
Sulit
4 tahun
Mengandung tetapi tidak datang haid
Saya check upt positive. Tetapi saya masih belum datang haid. Bagaimana saya nak kira hari pertama saya hamil ? Jika darah tidak datang. Last saya period sehari sebelum nikah dan saya sebelum nikah saya tidak pernah bersama.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, ia adalah normal bagi seorang wanita yang mengandung untuk tidak didatangi haid. Tambahan, persenyawaan antara sperma (dari lelaki) dan ovum/sel telur (dari wanita) yang berlaku pada waktu subur wanita menyebab sebab untuk tidak datang haid dan hamil. Kaedah untuk menghitung usia kehamilan adalah berdasarkan hari pertama bagi haid terakhir anda. Namun, jika anda tidak pasti tentang hal ini, anda boleh merujuk kepada doktor di klinik berdekatan supaya penerangan lanjut atau pemeriksaan susulan yang lebih tepat seperti imbasan ultrasound dan pemeriksaan puncak rahim dapat dijalankan ke atas anda. Anda juga boleh membaca lebih lanjut tentang cara menghitung usia kehamilan dengan klik link ini.
Untuk info secara mendalam, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih