
Sulit
4 tahun
Menggigil dan sesak nafas secara tiba tiba
saya remaja berusia 17 tahun. saya tidak tahu mengapa saya sering menggigil tanpa sebab dan sesak nafas apabila ada masalah dengan rakan atau keluarga. menggigil jadi makin teruk bila saya mula fikir macam macam. saya tak tahu ini berkenaan kesihatan mental atau apa. tapi saya menderita dengan masalah ini…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sering menggigil tanpa sebab dan juga sesak nafas apabila ada masalah dengan rakan atau keluarga.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, perlbagai perkara boleh menyebabkan kondisi sebegini berlaku seperti:
- gangguan panic
- anxiety
- Kurang rehat
- Kemurungan/ keresahan
- Tekanan emosi
- Masalah gangguan hormon
Buat masa ini, anda perlu bertenang dan tidak terlalu memikirkan masalah yang anda hadapi. Berikan diri anda masa untuk berehat sehingga anda mendapat ketenangan emosi sebelum berunding dengan masalah yang mungkin anda hadapi ketika ini. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi Befrienders untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, nasihat saya, anda boleh melakukan langkah seperti:
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- menceritakan masalah anda dengan rakan atau keluarga yang anda rapat, elakkan daripada bersendirian.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.