
Rosie
6 tahun
Menghadapi masalah tiada ovulasi
I ada masalah irregular periods and ovulation problem… Dah setahun lebih i try convince for 2nd baby… But still x dpt lagi… So i cadang guna ovulation test kit untuk nak tahu masa ovulation… Itu pun fail… Memang x dpt ovulation… I’m so worried… Doctor boleh bantu saya x ??

6 tahun
Terima kasih puan di atas soalan ini. Masalah putaran haid tidak teratur adalah masalah yang kerap diajukan kepada pakar sakit puan.
Ia boleh disebabkan oleh perubahan hormon wanita, masalah kesihatan yang lain atau disebabkan oleh pengambilan sesetengah ubat. Ia menjadi masalah untuk wanita apabila ia memberikan kesakitan dan menjejaskan perancangan keluarga.
Terdapat beberapa sebab. Antaranya ialah disebabkan ketidakseimbangan hormon. Untuk situasi anda, mungkin masalah hormon tiroid yang menjejaskan putaran haid. Ia boleh dikenalpasti melalui ujian darah untuk hormon tiroid. Stress yang tinggi juga boleh mengganggu putaran haid. Sesetengah penyakit juga boleh menyebabkan masalah ini. Masalah sindrom ovari polisistik atau Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) , fibroid, endometriosis dan barah rahim juga boleh mengubah putaran haid.
Selain itu, pil perancang, anti-depressan, ubat kemoterapi dan ubat tiroid boleh menyebabkan masalah putaran haid. Saya sarankan anda berjumpa dengan pakar sakit puan untuk nasihat lanjut. Pemeriksaan hormon, pemeriksaan pelvik dan juga ultrasound mungkin dijalankan.

6 tahun
Hi, terima kasih atas soalan anda. Memanglah kitaran haid yang tidak teratur merupakan sebab utama dalam kalangan pasangan yang tidak dapat kehamilan. Seperti yang anda tersebut dalam soalan, sekiranya ovulasi tidak berlaku, maka kehamilan tidak akan berlaku.
Anda juga telah mencuba kehamilan selama satu tahun, ia juga merupakan masalah kesuburan sekondari. Masalah kesuburan sekondari ini mempunyai beberapa sebabnya, contohnya umur yang tinggi, masalah sistem reproduktif, masalah sperma suami anda dan faktor-faktor gaya hidup. Masalah kitaran haid yang tidak teratur boleh dikaitkan dengan masalah kesuburan sekondari dan mempunyai sebab-sebab yang sama. Perubahan gaya hidup yang drastik seperti pengurangan berat badan yang melampau, senaman yang berlebihan dan stres boleh menyumbang kepada masalah ini.
Selain itu, masalah sistem reproduktif boleh menjejaskan ovulasi semasa kitaran haid. Polycystic ovarian syndrome (PCOS) merupakan kondisi yang boleh menyebabkan masalah ini. Ia boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur, pertumbuhan rambut yang berlebihan, kulit yang berminyak dan berat badan yang meningkat. Di sesetengah kes, masalah kesihatan yang kronik seperti masalah jantung, kencing manis yang tidak terkawal, hipertiroid yang tidak terkawal dan kegagalan ovari pramatang merupakan punca masalah ini. Pada pendapat saya, anda perlu berbincang dengan pakar sakit puan untuk mencari punca masalah tersebut. Semoga saya menjawab soalan puan dan harap masalah anda dapat dirawati.